Tinjauan pendapat: Cadangan bina insinerator di Pulau Pinang ditolak
Terjemahan Hanya tempoh beberapa jam sahaja, para responden dalam satu tinjauan pendapat, menukar pendirian mereka berhubung cadangan untuk membina loji insinerator di Pulau Pinang.
Terjemahan Hanya tempoh beberapa jam sahaja, para responden dalam satu tinjauan pendapat, menukar pendirian mereka berhubung cadangan untuk membina loji insinerator di Pulau Pinang.
Sokongan awal terhadap cadangan kerajaan pusat untuk membina loji insinerator di Pulau Pinang jatuh 70 peratus selepas mereka mendapat maklumat lanjut mengenainya dalam satu forum awam.
Tinjauan pendapat itu disertai 153 daripada 200 responden yang menghadiri satu forum yang bertajuk 'Insinertor: Membakar masa depan kita?' pada 9 September.
Tinjauan pendapat itu sebelum dan selepas forum tersebut dijalankan oleh Badan Kerja Alam Sekitar Pulau Pinang (Pewog) badan perunding, perancang dan penyelaras yang berkaitan dengan kerajaan tempatan.
Apabila tinjauan pendapat itu dijalan 90 minit sebelum forum itu diadakan, 89 orang menyokong pembinaan insinerator itu. Tetapi, selepas mengikuti perbincangan di forum tersebut, tinggal 29 orang sahaja yang masih menyokongnya.
Manakala jumlah mereka yang menentang cadangan pembinaan insinerator tersebut meningkat dua kali ganda dari 52 (sebelumnya) kepada 104 (selepas forum).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, beliau telah menerima satu salinan laporan Pewog.
"Kami sedang menelitinya," kata beliau, sambil menambah, kerajaan negeri akan mengambil kira isu-isu yang dibangkitkan oleh badan tersebut.
Awal bulan ini, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Shakri Rashid mendedahkan cadangan untuk membina loji insinerator yang berharga RM1.2 juta.
Masalah kesihatan
Pengerusi Pewog, Dr Ong Hean Tee berkata orang ramai yang tiada maklumat mengenainya, tidak boleh dipersalahkan jika mereka menganggap insinerator sebagai satu kaedah moden untuk melupuskan buangan di kawasan perbandaran.
"Tetapi teknologi yang boleh membantu menyelesaikan masalah kita sehinggatahap tertentu sahaja. Apa yang lebih penting ialah faktor manusia...manusialah yang menyelesaikan masalah, bukannya mesin," tambahnya.
Bekas ahli politik itu turut melahirkan rasa terkejutnya bahawa pendirian orang awam berubah secara mendadak selepas menghadiri forum tersebut, di mana faktor pro dan kontra loji insinerator dibahaskan.
"Ia menunjukkan bahawa sokongan awal itu dibuat berdasarkan kepada pengharapan dan bukannya maklumat mengenainya. Saya jangka respon yang sama juga diperolehi di tempat-tempat lain di negara ini," tegasnya.
Ong berkata, setiap rakyat Malaysia miskin atau kaya mengambil berat mengenai soal kesihatan dan operasi insinerator telah dikaitkan dengan bahaya kanser, dan kerosakan pada organ dan kecacatan di seluruh dunia.
"Ini telah mengakibatkan timbulkan ketakutan di kalangan mereka. Ramai daripada kita yang kehilangan anggota keluarga kerana kanser dan penyakit buah pinggang. Setengah daripada kita mempunyai anak yang cacat dan kita tidak tahu puncanya.
"Tetapi, sekiranya kerajaan hendak memperkenalkan teknologi yang akan mengeluarkan ejen buangan kimia yang merbahaya, sudah tentunya kita bimbang. Persoalannya ialah sama ada tahap kesihatan kita akan menjadi semakin buruk," katanya.
Ong berkata, salinan laporan tersebut akan turut dikemukakan kepada kerajaan pusat, dengan harapan ianya akan mempengaruhi pihak berkuasa agar tidak meneruskan rancangan tersebut./ Berita asal
SUSAN LOONE adalah wartawan sambilan malaysiakini di Pulau Pinang


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.