Bank Negara nafi 'berita palsu' 3 akhbar arus perdana
Bank Negara Malaysia tidak pernah memanggil NGO Jaringan Melayu Muda (JMM) bagi menyerahkan dokumen berhubung dakwaan berkaitan dana sebuah portal baru The Malaysian Insight (TMI).
“BNM tidak pernah memanggil JMM untuk menyerahkan dokumen berhubung dakwaan sebuah portal berita tempatan,” menurut Twitter Bank Negara yang turut menggunakan tanda pagar #beritapalsu.
Status itu turut menyebut identiti Twitter (tweet handle) ketiga-tiga media arus perdana itu, iaitu @UMonline, @bharianmy dan @NewStraitsTimes.
Bank Negara turut memuatkan tangkapan layar berita dirujuknya, yang melaporkan mereka memanggil Presiden JMM Datuk Azwanddin Hamzah secara rasmi untuk menyerahkan dokumen berkaitan.
Ini termasuk transaksi tunai konsisten ke dalam akaun syarikat dan maklumat seorang ahli lembaga pengarahnya.
JMM juga dilapor menyerahkan dokumen bagi membantu siasatan kemasukan wang hampir RM3 juta ke dalam akaun syarikat pemilik TMI.
"Katanya, dokumen berkenaan adalah bukti penting bagi BNM untuk mengambil tindakan proaktif dalam siasatan, berhubung sama ada wang berkenaan adalah saluran dana asing atau rasuah," menurut laporan BH Online.
Utusan Online pula melaporkan JMM telah menyerahkan kesemua dokumen 12 helai itu yang mengandungi profil dan transaksi syarikat.
New Straits Times (NST) pula memetik sumber yang mendakwa JMM dipanggil berbuat demikian semalam.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Azwanddin enggan mengulas berkaitan penafian Bank Negara itu.
Gesaan terhadap siasatan itu dibuat dalam perhimpunan aung Umno lalu susulan dakwaan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno.
Ketua Umno Tasek Gelugor Umno Youth Nashrol Hisham Abdullah berkata carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendedahkan TMI dimiliki oleh Faridah Begum, adik ketua pengarang kumpulan TMI Jahabar Saddiq yang juga isteri kepada Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.
Jahabar telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk disoal siasat. Jahabrr juga membuat laporan polis mendakwa kenyataannya kepada SKMM bocor.
Langkah itu diambil selepas kenyataannya dilaporkan oleh Malaysian Gazette, yang memetik Azwanddin.
Jahabar mendakwa Azwanddin telah membocor dan memutar belit beberapa fakta berhubung keterangannya kepada SKMM.
Mac lalu, penerbit The Edge Media Group publisher Ho Kay Tat juga mendesak Jahabr mendedahkan sumber dana portal itu, yang ketika itu belum diterbitkan.
The Edge sebelum ini memiliki pendahulu TMI, The Malaysian Insider.
JMM dikenali konsisten tidak berpuas hai dengan TMI, sejak ua beroperasi sebagai The Malaysian Insider lagi.

