Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Anak saya boleh kekal Islam, saya cuma nak dia balik'
Diterbitkan:  Feb 1, 2018 1:17 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

M Indira Gandhi berkata beliau tidak kisah jika anak perempuan bongsunya Prasana Diksa mahu kekal menjadi orang Islam, walaupun Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk membatalkan penukaran agamanya.

“Saya tidak kisah apa pun agama yang Prasana pilih. Dia boleh kekal jadi orang Islam jika dia mahu.

“Saya cuma mahu dia kembali ke pangkuan saya. Saya tak tahu macam mana rupa dia sekarang. Hanya waktu dia kecil.

“Adilkan perkara itu pada saya sebagai ibu? Biarkan dia diambil daripada saya tanpa pengetahuan?

“Agama adalah pilihan individu. Saya tidak akan campur tangan atau paksa.

“Saya hanya mahu anak saya balik. Tolong jangan guna agama untuk pisahkan kami,” kata Indira, seperti dilaporkan Malay Mail Online hari ini.

Indira mengulas gesaan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang meminta polis tidak memburu bapa tersebut dan anak-anaknya, sehingga penyelesaian bersama dicapai.

PUM bimbang sekiranya ia dilakukan, ada kemungkinan akan berlaku konflik antara penganut agama sehingga mungkin berlakunya keganasan dalam masyarakat.

Kenyataan yang dimuat naik di Facebook itu bagaimanapun telah dipadam.

Dalam keputusan penting Isnin lalu, Mahkamah Persekutuan membatalkan penukaran agama anak oleh sebelah pihak ketika menjelaskan maksud “ibu bapa” dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang bermaksud ibu dan bapa.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS