Kerajaan kutip RM7.06 bilion cukai perjudian bagi 2001-2004
Kerajaan memungut sejumlah RM7.06 bilion cukai tahunan daripada aktiviti perjudian bagi tahun 2001 hingga 2004.
Kerajaan memungut sejumlah RM7.06 bilion cukai tahunan daripada aktiviti perjudian bagi tahun 2001 hingga 2004.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Hilmi Yahaya berkata pada tahun 2001, kerajaan mengumpul cukai sebanyak RM1.83 bilion hasil daripada aktiviti perjudian, 2002 (RM1.78 bilion), 2003 (RM1.67 bilion) dan 2004 (RM1.77 bilion).
Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Law Hieng Ding (BN-Sarikei) di Dewan Rakyat, mengenai jumlah cukai tahunan yang dikutip kerajaan daripada aktiviti perjudian.
Menurut Hilmi, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan cukai khusus bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memandangkan pelbagai insentif percukaian telah diberikan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata, bagi menggalakkan pertumbuhan aktiviti itu, kerajaan persekutuan telah memberi pelbagai insentif percukaian kepada syarikat yang menjalankan aktiviti berkenaan.
"Insentif percukaian ini juga diberikan kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan R&D serta yang melabur dalam syarikat yang mengkomersiakan hasil R&D, institusi penyelidikan awam serta syarikat yang menggunakan perkhidmatan atau menderma kepada syarikat yang menjalankan aktiviti R&D," katanya.
Beliau menjawab soalan Law mengenai cadangan kerajaan menaikkan cukai antara setengah hingga satu peratus bagi tujuan aktiviti R&D.
Hilmi berkata, insentif itu juga diberikan dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan syarikat melalui galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.