Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Para pegawai Kementerian Pendidikan Pulau Pinang hari ini melawat sekolah seorang pelajar yang meninggal dunia semalam selepas cuba membunuh diri di rumahnya di Nibong Tebal.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, para pegawai kementerian itu bercakap dengan empat orang guru, yang berkongsi testimoni mereka berkenaan insiden itu.

Sumber berkata salah seorang ibu saudara pelajar tersebut bertemu dengan para pegawai itu.

"Ibu saudara pelajar itu meluahkan kemarahannya dengan menuntut Kementerian Pendidikan memecat guru terbabit," kata sumber memberitahu Malaysiakini.

Pada Rabu lalu, timbalan menteri Kementerian Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata kementerian itu sedang menyiasat perkara tersebut dan guru terbabit telah ditukarkan ke pejabat pendidikan daerah.

Sumber juga berkata pihak polis mengawal ketat pengkebumian Vasantapiriya yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Menurut sumber lagi, pihak PIBG sekolah itu akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan isu ini.

"Pihak PIBG akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat depan pada jam 3 petang bagi menjelaskan perkembangan terbaru kepada orang ramai," katanya.

Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya kerana kecederaan otak.

Mendiang koma sejak 24 Januari lalu selepas menggantung diri dengan selendang selepas dituduh mencuri Iphone gurunya.

Dalam nota terakhirnya, Vasanthapiriya berkata beliau tidak melakukan perkara itu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS