Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zaid: Tangani berita palsu dengan fakta, bukan jawatankuasa khas

Berita palsu boleh dibendung dengan menjadikan seseorang lebih berilmu atau berpengetahuan, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

"Masalah terbesar di negara ini, selain kleptokrasi, adalah berita palsu.

"Dan untuk boleh membezakan antara apa itu yang benar dan apa yang palsu, kamu perlu lebih mengetahui mengenai segala-galanya.

"Untuk mengetahui lebih, kamu perlu membaca, menulis, berani mengemukakan pandangan kepada umum. Itulah cara untuk melawan (berita palsu).

"Bukan dengan memnubuhkan jawatankuasa berita palsu," kata Zaid semasa melancarkan bukunya "The ZaidGeist" sebuah koleksi tulisannya di blog sepanjang lapan tahun lalu dengan judul yang sama di rumahnya di Petaling Jaya hari ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baru untuk membendung berita palsu di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mengetuai jawatankuasa itu, berkata cadangan draf undang-undang terhadap berita palsu itu akan dibentangkan kepada kabinet dalam masa terdekat, dan kemudiannya dibawa untuk mengundi di Parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS