Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Indonesia dakwa agensi perekrutan untuk firma sarang burung di Klang

Pengarah sebuah agensi perekrutan Indonesia yang bertanggungjawab menghantar pekerja ke kilang Maxim Birdnest di Klang telah didakwa di bawah undang-undang pemerdagangan manusia republik itu.

Portal dalam talian Tribunnews.com memetik pendakwa raya Jaya S yang membacakan pertuduhan terhadap pengarah PT Sofia Sukses Sejati, Windi Hiqma Ardian di Semarang, Jawa Tengah.

Jaya dilaporkan berkata semalam bahawa suspek menjanjikan pekerja akan bekerja sebagai operator pengeluaran di PT Kiss Production Food Trading di Malaysia.

Pekerja yang direkrut oleh Windi dari sekolah tinggi vokasional tempatan, juga dijanjikan gaji antara RM900 dan RM1,000.

Ia kemudiannya didapati bahawa potongan dibuat terhadap gaji mereka untuk menampung apa yang didakwa untuk yuran perekrutan dan kos lain.

Mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, alamat Kiss Produce Food Tradings disenaraikan sebagai No 1, Lorong Gudang Nenas 1, Off Jalan Pasar, Klang - berkongsi premis yang sama seperti Maxim.

Menurut penyelaras Migrant Care Nurhasono, Windi juga menghadapi pertuduhan kedua di bawah undang-undang Indonesia mengenai penempatan dan perlindungan pekerjanya di luar negara.

"Windy ditangkap dan ditahan di ibu pejabat polis di Jakarta sebelum dibawa untuk didakwa di Semarang.

"Pada ketika ini kami tidak jelas di mana dia ditahan," kata Nurhasono kepada Malaysiakini.


[Baca lebih penuh]

Lihat Komen
ADS