Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NUJ ajak bersolidariti dengan wartawan dipecat Utusan
Diterbitkan:  Feb 9, 2018 5:13 PM
Dikemaskini: 10:07 AM

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia menggesa semua kesatuan sekerja di negara ini untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Februari depan.

Presidennya Taufek Razak meminta agar kesatuan sekerja di negara ini menghantar wakil ke mahkamah ketika prosiding permohonan semakan kehakiman membabitkan kes pembuangan kerja bekas wartawan Amran Ahmad oleh Utusan Melayu (M) Berhad.

Taufek (bawah) juga berkata keputusan kes tersebut akan memberi kesan mendalam terhadap aktiviti kesatuan sekerja tempatan.

"Diharap semua kesatuan sekerja dapat menghantar wakil mereka untuk mendengar permohonan semakan kehakiman tersebut bagi mendapatkan penjelasan dan pemahaman selanjutnya mengenai kes seperti itu.

"Dalam mendepani tahun mendatang yang bakal menyaksikan ribuan malah puluhan ribu kes pembuangan pekerja, wajarnya kita sebagai kesatuan sekerja merapatkan saf dan bersatu untuk menegakkan perjuangan kaum pekerja di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Setelah proses mahkamah yang panjang kira-kira lapan tahun, keputusan mahkamah pada 24 Oktober tahun lalu tidak memihak kepada Amran yang juga bekas pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu.


Baca: Utusan menang kes pecat ketua kesatuan wartawan


Amran gagal dalam tuntutannya di Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur yang mendakwa dia dibuang kerja secara salah oleh syarikat itu pada 2009 selepas mengadukan transaksi syarikat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi mahkamah itu Siti Salwa Musa memutuskan memutuskan Amran bersalah memfitnah pihak pengurusan dan syarikat UMMB terhadap tiga pertuduhan melibatkan penerbitan tiga artikel di Malaysiakini dan Harakahdaily.

Lihat Komen
ADS