Bajet 2006 ambilkira perakuan Suruhanjaya Diraja Polis
Bajet 2006 turut memberi perhatian kepada laporan Suruhanjaya Diraja Polis yang antara lain mengiktiraf keperluan meningkatkan keupayaan pasukan polis dalam mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keamanan.
Bajet 2006 turut memberi perhatian kepada laporan Suruhanjaya Diraja Polis yang antara lain mengiktiraf keperluan meningkatkan keupayaan pasukan polis dalam mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keamanan.
Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata RM3.5 bilion disediakan untuk perbelanjaan mengurus Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun depan.
Menurutnya, kerajaan juga menyediakan peruntukan RM493 juta untuk perbelanjaan pembangunan pasukan itu.
"Ini merupakan tambahan kepada RM2.5 bilion yang disediakan bagi pembinaan kuarters melalui kaedah "Build-Lease-Transfer" (Bina-Pajak-Pindah)," katanya semasa membentangkan Bajet 2006 di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, peruntukan itu dibuat berdasarkan laporan Suruhanjaya Diraja Polis yang diumumkan pada 16 Mei 2005.
Abdullah berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perakuan laporan suruhanjaya itu termasuk pembinaan lebih banyak balai polis dan kuarters serta penyediaan alat kelengkapan.
Tambahan elaun
Menurutnya, laporan tersebut juga memperakukan penambahbaikan beberapa elaun yang sebahagiannya telahpun dilaksanakan termasuk bayaran insentif detektif, elaun pakaian seragam pegawai kanan dan tuntutan bayaran balik bil telefon bimbit.
Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri juga mengumumkan beberapa pemberian elaun berkuatkuasa mulai
1 Januari 2006, seperti berikut:
* Membayar balik upah jahit pakaian seragam bagi anggota polis pangkat rendah sehingga RM100 sepasang untuk tiga pasang setahun.
* Menaikkan bayaran insentif pemusnah bom dari RM50 satu operasi kepada
RM100 satu operasi.
* Memanjangkan bayaran insentif menyelam yang kini dinikmati oleh anggota
Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Perikanan dan Pusat Sains Negara kepada
anggota PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. Kadar bayaran insentif akan
dinaikkan daripada RM50 sebulan kepada RM100 sebulan bagi penyelam dan daripada
RM150 kepada RM250 sebulan bagi penyelam ranjau.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.