Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
HARAPAN S'gor, BERSIH kemuka 30,000 tandatangan bantah SPR

Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor dan gabungan pembaharuan pilihan raya, BERSIH, hari ini mengemukakan 200 bantahan daripada 30,000 pengundi yang membantah cadangan kedua proses persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Presiden HARAPAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata 30,000 tandatangan dikumpulkan oleh PKR, DAP, AMANAH, BERSATU dan BERSIH, menjelang tarikh akhir yang ditetapkan esok.

"Bantahan ini juga mewakili suara semua pengundi Selangor yang mahu SPR bertindak dengan cara lebih profesional, tanpa memihak kepada mana-mana parti, dan meneliti bantahan ini berdasarkan fakta yang dibentangkan," kata Wan Azizah kepada pemberita di pejabat SPR Selangor, di Shah Alam pagi ini.

Hadir dengan Wan Azizah, yang juga adalah presiden PKR, ialah Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan juga pemimpin DAP dan PKR.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang bantahan terhadap cadangan SPR boleh dibuat oleh mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau sekumpulan 100 orang atau lebih yang nama mereka berada dalam senarai pemilih semasa.

Pengarah Pilihan Raya Selangor HARAPAN, Dr Xavier Jeyakumar berkata bantahan itu difailkan untuk melindungi hak pengundi di peringkat parlimen dan negeri.

"Berdasarkan banyak bantahan yang difailkan, jelaslah bahawa rakyat di Selangor kini lebih mengetahui hak demokratik mereka dan pelaksanaan pilihan raya di Malaysia.

"Oleh itu, SPR mesti memberi keutamaan kepada penglibatan rakyat dalam proses persempadanan semula dan memastikan semua bantahan yang dikemukakan diberi peluang untuk didengar dalam siasatan awam," kata Xavier yang juga adalah ADUN Sri Andalas dan naib pengerusi PKR Selangor.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS