Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Chong Wei lapor polis berhubung video seks
Diterbitkan:  Feb 14, 2018 9:48 AM
Dikemaskini: 2:19 AM

Datuk Lee Chong Wei telah membuat laporan polis mengenai video seks yang menjadi tular dalam talian dan yang didakwa mengaitkannya dengan jaguh badminton negara itu, lapor China Press hari ini.

Chong Wei tiba di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Aman pada jam 3 petang semalam.

Ini adalah selepas dia mendakwa filem biopiknya, bertajuk "Lee Chong Wei: Rise of the Legend", yang tayangan perdannya dijadualkan pada 9 Mac di Stadium Nasional di Bukit Jalil, mungkin membuat ada orang yang tidak suka dengan kejayaannya dan cuba mensabotaj filemnya.

Chong Wei beredar dari JSJK tiga jam kemudian selepas memberi kenyataan awal.

Ditemui oleh wartawan, Lee menegaskan bahawa dia bukan orang dalam video seks.

Kelihatan tenang,Chong Wei juga bertanya kepada wartawan sama ada dia kelihatan seperti lelaki dalam klip itu.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Siber/Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Ahmad Noordin Ismail, mengesahkan Chong Weitelah membuat laporan dan meminta polis menyiasat perkara itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS