Suhakam akan bantu pekerja asing yang dakwa ditipu ejen dan majikan
Terjemahan Sebahagian rakyat asing yang sedang ditahan di Pusat Tahanan Juru di Seberang Perai, Pulau Pinang, telah mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bahawa mereka telah ditipu oleh ejen yang kini tidak dapat dikesan.
Terjemahan Sebahagian rakyat asing yang sedang ditahan di Pusat Tahanan Juru di Seberang Perai, Pulau Pinang, telah mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bahawa mereka telah ditipu oleh ejen yang kini tidak dapat dikesan.
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Prof Mohd Hamdan Adnan, yang melawat pusat itu Sabtu lalu, berkata rakyat asing itu ditahan kerana melanggar peraturan imigresen.
"Mereka berkata telah ditipu...dan mereka telah membayar wang yang banyak supaya tempoh permit kerja mereka dilanjutkan, tetapi menyedari ia palsu apabila ditahan oleh pihak berkuasa.
"Lebih teruk lagi, mereka berkata mereka tidak dapat menghubungi atau mengesan ejen mereka yang sebahagiannya sudah menghilangkan diri," tambahnya.
Tahanan tersebut juga mengadu bahawa ejen atau majilan telah menyimpan pasport mereka sehingga mengakibatkan mereka ditahan oleh pihak berkuasa.
"Kami menggesa pihak berkuasa berkenaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menipu pekerja asing ini.
"Ejen dan majikan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengakibatkan nama baik negara kita tercemar," kata Mohd Adnan.
Keadaan kesihatan
Pada masa ini, terdapat 156 tahanan daripada 12 negara 92 lelaki dan 60 wanita di pusat tersebut. Turut berada di pusat tahanan itu ialah lima kanak-kanan dan empat orang bayi.
Hamdan berkata, beliau membuat lawatan tersebut selepas menerima aduan mengenai keadaan kesihatan tahanan di situ yang dikatakan tidak memuaskan dan juga mengenai'kematian' tahanan.
"Tetapi kami mendapati (satu) kematian disebabkan oleh kemalangan yang menimpa tahanan tersebut sebelum dia dibawa ke pusat tahanan tersebut. Sesetengahnya mengalami masalah penyakit kulit.
"Menurut pihak berkuasa, seorang jabatan kesihatan tempatan, melawat pusat tersebut dua kali sebulan untuk memeriksa keadaan kesihatan tahanan di situ," katanya.
Menurutnya lagi, seorang tahanan mendakwa, seorang anggota polis meminta wang darinya, dan apabila menyerahkan wang tersebut, dia ditahan kerana dituduh cuba merasuah./ Berita asal
SUSAN LOONE adalah wartawan sambilan malaysiakini di Pulau Pinang

