PM: Waspada soalan bila nak kahwin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak punya nasihat penuh mesra kepada masyarakat Cina Malaysia yang bakal mengadakan majlis 'makan besar' penyatuan semula keluarga malam ini.
"Selamat menyambut 'makan besar' penyatuan semula keluarga kepada anda semua yang merayakannya malam ini.
"Saya harap anda bersedia untuk makanan yang bagus, teman yang baik dan paling penting soalan cepu emas daripada ibu dan bapa saudara seperti, bila kamu nak kahwin?" Ciap beliau dalam akaun Twitternya hari ini.
Secara tradisinya, keluarga Cina akan berkumpul untuk majlis 'makan besar' penyatuan keluarga malam ini sebelum menyambut hari pertama Tahun Baru Cina keesokan harinya.
Dalam perutusan Tahun Baru Cina 2018, Najib memberi penghargaan buat masyarakat Cina kerana membuat 'sumbangan besar' untuk negara secara ekonomi dan kebudayaan serta memainkan peranan dalam 'pembinaan negara bangsa'.
"Saya komited untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang akan tercicir di belakang, bahawa masa depan untuk anak-anak kita akan lebih baik daripada kita dan kita akan berkembang dengan lebih kuat dan teguh bersatu.
"Saya berharap Tahun Anjing akan membawa kemakmuran dan kesihatan yang baik kepada anda seisi keluarga dan semoga kita akan terus berbangga serta komited kepada Negaraku, sebuah negara yang kita cintai," kata Najib dalam hantaran di blog beliau.

