Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menimbulkan teka-teki pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan bertanya bilakah waktu sesuai untuk mengadakannya.

Bila, bila anda mahu (PRU diadakan)?" tanya Najib membalas pertanyaan pemberita tentang bilakah beliau akan membubarkan parlimen dan mengadakan PRU.

Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan berhubung perkara itu, Najib sekali lagi berkata "bila anda mahu", mencetuskan ketawa mereka yang berada di sekitarnya.

Najib ditemui ketika sambutan Tahun Baru Cina MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini timbul spekulasi Najib akan membubarkan Parlimen selepas Tahun Baru Cina bagi memberi laluan kepada PRU ke-14.

Namun menurut surat daripada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah, sidang pertama Parlimen 2018 dijadualkan dari 5 Mac hingga 5 April ini.

Najib juga sebelum ini dilaporkan berkata pilihan raya aka diadakan sebelum Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada bulan Ogos.

Penggal kerajaan akan berakhir pada 24 Jun ini dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Lihat Komen
ADS