Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SKMM arah TMI, Malaysia Today padam artikel
Diterbitkan:  Feb 16, 2018 5:15 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan dua laman atas talian menurunkan beberapa artikel yang didakwa melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Salah satu portal berkenaan adalah The Malaysian Insight (TMI) yang diarah memadam beberapa artikel.

"SKMM menghantar surat kepada kami memberi arahan untuk memadam beberapa artikel, kebanyakannya (artikel yang diarah padam) adalah surat kepada editor," kata ketua pengarang TMI Jahabar Saddiq kepada Malaysiakini.

Menurut Jahabr, TMI telah menurut arahan yang dikeluarkan SKMM itu.

Sementara itu, portal atas talian Raja Petra Kamaruddin Malaysia Today diarah menurunkan satu artikel melalui surat SKMM bertarikh 15 Februari yang turut disiarkan di laman berita berkenaan.

"Berlandaskan aduan yang diterima, penelitian pihak MCMC mendapati bahawa artikel tersebut menyalahi peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98)," kata kandungan itu.

Menurut artikel berkenaan, SKMM mengarahkan Malaysia Today menurunkan artikel yang disiarkan pada 11 Februari bertajuk "First Lady AGC Walking The Path of Grace Mugabe".

Artikel berkenaan dipercayai merujuk kepada Faridah Bagum, isteri Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang sebelum ini membuat laporan polis terhadap Malaysia Today.

Surat berkenaan turut menyatakan bahawa SKMM telah menerima aduan awam berkenaan artikel itu dan Malaysia Today diarah memadamkan artikel berkenaan sebelum jam 4.00 petang hari ini. Artikel berkenaan kini sudah dipadam.

Kesemua artikel dari dua portal berkenaan dipercayai melaporkan berkenaan isu semasa dan politik tempatan yang kritikal terhadap parti politik dan pemimpin tertentu.

SKMM turut mengingatkan agar portal berkenaan lebih prihatin dalam memastikan artikel yang diterbitkan tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS