Tan Sri Mohd Hassan Marican meletak jawatan sebagai pengerusi dan pengarah Petronas Dagangan Bhd.

Mohd Hassan, 52, juga merupakan pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas syarikat berkenaan, demikian menurut Petronas Dagangan dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam.

Menurut laporan Bernama , syarikat itu bagaimanapun, tidak memberikan sebaranga alasan bagi peletakan jawatan itu.

Sementara itu, Datuk Anuar Ahmad, 51, pengarah bukan eksekutif Petronas Dagangan, akan mengambil laih jawatan sebagai pengerusi dan pengarah syarikat.

Anuar juga merupakan pengarah bukan bebas Petronas Dagangan, demikian menurut syarikat itu lagi.