Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Apakah SKMM akan guna akta berita palsu terhadap Najib?'
Diterbitkan:  Feb 18, 2018 8:43 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan turut mengenakan hukuman terhadap pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyebaran 'berita palsu'.

"Bolehkah SKMM menjamin bahawa undang-undang baru dengan peningkatan denda sepuluh kali ganda berhubung 'berita palsu' akan dikenakan terhadap 'jerung' dan 'ikan bilis' dalam kerajaan termasuk Najib, dan bukan hanya mereka yang berbeza pendapat?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mazlan Ismail yang mencadangkan hukuman denda bagi kesalahan berhubung sebaran berita palsu ditingkatkan sehingga RM500,000 serta penjara 10 tahun.

Kerajaan sedang menggubal undang-undang baru itu tetap memberi jaminan ia tidak akan digunakan untuk membungkam perbezaan pendapat.

Dalam kenyataannya, Lim mendakwa Najib melabelkan berita mengenai skandal 1MDB dan "Malaysian Official 1" sebagai berita palsu, dan mempersoalkan sama ada mereka yang menimbulkan soalan mengenai skandal berkenaan akan turut dikenakan tindakan.

Walaupun Najib memperkecilkan kontroversi 1MDB, termasuk tuduhan menerima AS$ 731 juta daripada dana yang disalahgunakan, setakat ini tiada rekod beliau menepis skandal berkenaan sebagai berita palsu.

Lim juga menegaskan beliau "mangsa terbesar" berita palsu dengan merujuk dakwaan Umno bahawa DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, termasuk akan menyebabkan orang Melayu merana jika BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS