Kementerian Kewangan tidak tahu Hassan Merican letak jawatan
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata beliau tidak tahu tentang khabar-khabar angin yang mengatakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican, telah meletakkan jawatannya dalam syarikat itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita mengenai perkara tersebut selepas dialog pagi ketua pegawai eksekutif pascabajet di Kuala Lumpur hari ini.
Ini berikutan Petronas Dagangan telah memaklumkan kepada Bursa Saham semalam bahawa Hassan telah meletak jawatan sebagai pengerusi dan pengarah dalam anak syarikat Petronas itu.
Mohd Hassan ( foto ), 52, juga merupakan pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas syarikat berkenaan.
Menurut laporan Bernama , syarikat itu bagaimanapun, tidak memberikan sebarang alasan bagi peletakan jawatan itu.
Tempat beliau digantikan oleh Datuk Anuar Ahmad, 51, pengarah bukan eksekutif Petronas Dagangan, akan mengambil laih jawatan sebagai pengerusi dan pengarah syarikat.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.