Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Dua lagi pengguna Lebuhraya Persekutuan menjadi korban struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga, di sini apabila kereta yang dinaiki sepasang sahabat itu hilang kawalan dan merempuh tembok tol dalam kejadian 12.55 pagi tadi.

Kemalangan maut akibat rempuhan tembok plaza tol itu adalah yang kedua di lokasi itu selepas kemalangan yang meragut nyawa dua sahabat pada 15 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata mangsa yang maut adalah Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dan Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta dari arah Kuala Lumpur ke Shah Alam itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok di plaza tol berkenaan.

“Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang daripada menyambut hari lahir Noor Hidayah yang jatuh pada tanggal 18 Feb, iaitu semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS