Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petani gigit, kunyah kepala ular kerana geram
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 5:06 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

GLOBAL | Barangkali kerana berasa terlalu lama menahan marah, seorang lelaki tidak mengambil masa lama untuk melunaskan dendamnya apabila berjaya menangkap seekor ular.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Sonelal itu tidak teragak-agak menggigit kepala reptilia berkenaan sebelum mengunyahnya untuk seketika.

Kepala ular itu kemudian diludahkannya keluar.

Sejarah berdarah Sonelal dengan ular sebenarnya bermula sejurus sebelum insiden ngeri berkenaan.

Menurut petani terbabit dia dipatuk ular pada Sabtu lalu ketika menggembala sekumpulan lembunya, menyebabkannya pitam. Sonelal kemudian dikejarkan ke sebuah klinik di Hardoi, Uttar Pradesh.

Bagaimanapun pemeriksaan pegawai perubatan di Pusat Kesihatan Komuniti Moghaganj gagal menemui sebarang kesan patukan ular pada badannya.


Baca MP Afrika Selatan enggan jumpa rombongan Israel


Menurut laporan Times of India, dua jiran Sonelal mendakwa petani itu dipatuk ular. Anak saudara Sonelal pula mengaku ketika kejadian mangsa bersendirian.

Selepas sedar daripada pengsan malam itu Sonelal diminta menceritakan bagaimana dia dipatuk sehingga pengsan.

Kata Sonelal dia berasa seperti dipatuk dan segera mencari apa yang menyerang dirinya.

Tidak lama kemudian dia menemui seekor ular dan tidak teragak-agak menggigit kepala haiwan berkenaan sehingga putus, mengunyahnya dan meludah semula. Kemudian barulah dia pitam.

Kata doktor kemungkinan besar Sonelal pitam bukan disebabkan patukan ular sebaliknya kesan bisa yang mencemari tubuhnya ketika kepala reptilia itu dikunyah.

Satu lagi fakta yang terdedah ekoran insiden itu ialah, Sonelal sebenarnya seorang penagih dadah dan ia diakui penduduk setempat.

Lihat Komen
ADS