Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim: MCA elak kerusi majoriti Cina
Diterbitkan:  Feb 20, 2018 5:29 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Para pemimpin MCA menerima satu lagi pukulan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membidas parti saingannya yang didakwa tidak mempraktikkan apa yang mereka perkatakan dalam isu peruntukan kerusi menjelang pilihan raya akan datang.

Lim berkata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak dapat menafikan dakwaan bahawa parti itu tidak lagi mewakili masyarakat Cina berikutan tindakan pemimpinnya yang melarikan diri daripada bertanding di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

"Adakah para pemimpin MCA tidak malu bahawa mereka tidak bertanding di kerusi yang mempunyai lebih 50 peratus pengundi Cina?" soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata untuk kali pertama, tiga pemimpin tertinggi MCA - presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalannya, Wee dan setiausaha agungnya, Datuk Seri Ong Ka Chuan - bergantung kepada undi Umno untuk dipilih sebagai ahli parlimen.

"Di Bentong, kawasan parlimen Liow, pengundi etnik tunggal terbesar sebanyak 46.1 peratus adalah pengundi Melayu dengan pengundi Cina pada 42.4 peratus, India 9.0 peratus manakala bangsa lain sebanyak 2.5 peratus," kata Lim.

"Di Ayer Hitam, kawasan parlimen Wee, kumpulan pengundi etnik terbesar adalah pengundi Melayu iaitu sebanyak 57.6 peratus diikuti dengan kaum Cina pada 38.3 peratus, India 3.9 peratus dan lain-lain 0.2 peratus.

"Di Tanjong Malim, kawasan parlimen Ong pula, kumpulan pengundi etnik terbesar sekali lagi adalah orang Melayu dengan 55.4 peratus manakala Cina pada 25.8 peratus, India 13.2 peratus dan Orang Asli 5.6 peratus," kata Lim.

Lim berkata pengundi Melayu mewakili kumpulan etnik terbesar di enam daripada tujuh kawasan pilihan raya parlimen yang dimenangi oleh MCA dalam pilihan raya ke-13.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS