Hassan Merican masih Presiden/CEO Petronas
Petronas hari ini menafikan khabar angin berhubung berhubung status Tan Sri Mohd Hassan Marican dengan berkata beliau tidak meletakkan jawatan sebagai presiden/ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat minyak nasional itu.

Khabar angin itu tersebar berikutan
peletakan
jawatan Mohd Hassan sebagai pengerusi dan pengarah Petronas Dagangan Bhd.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak nasional itu berkata, perubahan tersebut merupakan sebahagian daripada penyusunan dalaman kumpulan itu.
Menurut laporan Bernama , ia berkata, naib presiden bahagian perniagaan minyak Petronas, Datuk Anuar Ahmad, yang mengambilalih jawatan Mohd Hassan di Petronas Dagangan, sebelum ini merupakan pengarah urusan/CEO PETRONAS Dagangan sehingga 2002.
Sementara itu, Mohd Hassan, yang menyertai Petronas pada 1989 sebagai naib presiden kanan, dilantik sebagai presiden/CEO kumpulan itu pada 10 Februari 1995.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.