Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Jangan dialog dengan ketua kampung tak faham'
Diterbitkan:  Feb 21, 2018 8:14 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Dialog yang dicadangkan antara Orang Asli Gua Musang dan kerajaan Kelantan dan kerajaan persekutuan tentang cara menyelesaikan kebimbangan mengenai penebangan hutan, hendaklah terbuka kepada semua penduduk Temiar, kata seorang aktivis masyarakat.

Nasir Nash mendakwa ini kerana ketua-ketua kampung dan jawatankuasa kampung tidak memahami situasi yang berlaku.

"Dialog ini tidak menyeluruh kerana ia tidak melibatkan NGO Orang Asli, aktivis, dan badan bebas.

"Mereka (kerajaan) hanya menjemput ketua kampung dan ahli jawatankuasa kampung, yang tidak tahu masalah akar umbi Orang Asli," kata Nasir kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas cadangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk mengadakan dialog di kalangan semua pihak, berikutan sekatan yang didirikan oleh Orang Asli untuk menghalang pembalak dan perladangan dari kawasan hutan dara.

Pembalakan dan penebangan hutan di Gua Musang adalah isu lama yang Orang Asli perjuangkan sejak bertahun-tahun.

Masyaraka Temiar mendakwa pembalakan dan pembukaan ladang di pedalaman Gua Musang telah menceroboh tanah nenek moyang mereka, dan juga merosakkan alam sekitar.

"Hutan adalah 'bandar; kita, jika ia musnah, maka tidak lagi wujud segala kepentingan masyarakat Orang Asli," kata Nash.

Mahkamah majistret pada bulan Januari tahun lalu memutuskan bahawa sebuah syarikat pembalakan tidak boleh memasuki kawasan pertikaian berhampiran perkampungan Orang Asli Pos Balar.

Bagaimanapun, pembalak telah dituduh melanggar peraturan itu dengan menebang pokok di kawasan lain di pedalaman Gua Musang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS