Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian nafi 17,000 calon SPM gagal Sejarah

Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa 17,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 gagal mata pelajaran Sejarah.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata setakat ini, Lembaga Peperiksaan belum mengumumkan sebarang keputusan berkaitan SPM 2017.

"Pengumuman keputusan SPM 2017 akan dimaklumkan dalam masa terdekat," kata kementerian itu.

Justeru Kementerian Pendidikan menasihatkan orang ramai dan pihak berkaitan agar tidak mempercayai khabar angin tersebut.

-Bernama

Lihat Komen
ADS