Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Kedudukan jatuh kerana SPRM 'agresif'
Diterbitkan:  Feb 22, 2018 3:24 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri percaya penangkapan kes-kes berprofil tinggi dalam tahun-tahun kebelakangan ini menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI) Transparency International merosot.

“Publisiti dan pendedahan meluas yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes-kes ini dalam tahun-tahun mutakhir mewujudkan lebih banyak tanggapan negatif yang sekali gus menyumbang terhadap kemerosotan mata dan kedudukan CPI Malaysia.

“Bagaimanapun, ini tidak boleh menghalang SPRM daripada membuat penguatkuasaan agresif dan kerajaan daripada membuat perubahan transformasi jangka panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Low berkata Putrajaya melihat kedudukan indeks itu secara serius.

Indeks CPI terbaru meletakkan Malaysia di kedudukan setaraf dengan negara komunis Cuba.

Kedua-dua negara ini diberikan 47 mata dalam skala kosong hingga 100. Kosong bermaksud paling rasuah dan 100 pula sangat bersih.

Malaysia dan negara Caribbean itu juga berkongsi tangga ke-62 dari 180 negara dalam indeks yang dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS