Kedutaan Jepun dikosongkan kerana sampul surat mencurigakan
Terjemahan Bangunan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur terpaksa dikosongkan hari ini selepas penemuan satu sampul surat yang mencurigakan.
Terjemahan Bangunan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur terpaksa dikosongkan hari ini selepas penemuan satu sampul surat yang mencurigakan.
Setiausaha akhbar kedutaan tersebut Satoshi Tamai berkata pegawai dan kakitangan tempatan mengosongkan bangunan tersebut jam 2.30 petang.
"Kami mengesyaki ada yang tidak kena dengan surat tersebut, dan kami melaporkannya kepada pihak polis," kata Tamai.
"Kandungan surat itu masih disiasat bagi memastikan sama ada ia bahan kimia, dan kami masih menunggu keputusannya," kata beliau lagi.
Dekat menara berkembar
Anggota polis dan bomba berada di tempat kejadian dan sebahagian jalan di depan bangunan kedutaan tersebut telah ditutup kepada lalulintas.
Kedutaan itu terletak di kawasan diplomatik di Kuala Lumpur yang jaraknya tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas./ Berita asal
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.