Cadangan ajar bahasa Cina, Tamil di SK masih dibincang
Cadangan mengajar matapelajaran bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan, masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim di Dewan Rakyat hari ini.
Cadangan mengajar matapelajaran bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan, masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, beberapa perkara seperti tempoh pelaksanaan, kandungan kurikulum, jumlah waktu pengajaran dan keperluan guru, perlu diperhalusi sebelum rancangan itu dilaksanakan.
Katanya, kini terdapat 204 guru mengajar matapelajaran bahasa Cina (Komunikasi) di sekolah kebangsaan di seluruh negara.
"Jumlah masa pengajaran dan pembelajaran adalah 60 minit seminggu," katanya ketika menjawab soalan Tan Sri Dr Ting Chew Peh mengenai langkah kementerian mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Cina dan rancangan memperkenalkan mata pelajaran itu di sekolah kebangsaan.
Hon berkata, bagi mengatasi masalah kekurangan guru bagi matapelajaran tersebut, kementerian menawarkan kursus pengajian Bahasa Cina di peringkat ijazah melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Program Jarak Jauh, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dan Program Khas Pensiswazahan Guru.
Kursus dalam cuti
Menurut laporan Bernama, kerajaan juga menawarkan program peringkat diploma seperti Kursus Dalam Cuti dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia.
"Kita juga melantik guru Bahasa Cina dan Tamil yang telah bersara untuk menjawat jawatan guru secara kontrak," katanya.
Kursus peralihan turut dijalankan bagi guru sedia ada dalam sistem, yang mempunyai minat serta berkelayakan mengajar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Hon berkata, 27 maktab perguruan di seluruh negara mempunyai tenaga pengajar yang mahir dan mencukupi untuk melatih guru dalam pelbagai bidang pengkhususan termasuk pengkhususan Bahasa Cina.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.