Kementerian Pelajaran akhirnya jawab rayuan SOS Damansara
Terjemahan Selepas hampir lima tahun, buat pertama kalinya, Kementerian Pelajaran menjawab surat rayuan daripada jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Damansara.
Terjemahan Selepas hampir lima tahun, buat pertama kalinya, Kementerian Pelajaran menjawab surat rayuan daripada jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Damansara.
Dalam surat bertarikh 27 September itu, kementerian itu berkata, pihaknya akan mengkaji permintaan jawatankuasa tersebut untuk membuka semula sekolah yang berusis 75 tahun ini, serta mengambil langkah-langkah sewajarnya.
Surat tersebut, yang salinannya diperolehi
malaysiakini
, adalah dari Faisal Ismail Aziz, Pembantu Khas kepada Menteri Pelajaran, Datuk Hishamuddin Hussein.
Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusi jawatankuasa tersebut, Yong Yoke Sung berkata, dalam tahun ini sahaja, pihaknya telah menghantar tujuh pucuk surat kepada Kementerian Pelajaran.
Menurutnya, jawatankuasa tersebut telah membalas surat Ismail pada 28 September lalu dan meminta untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai kementerian berkenaan.
Yong juga melahirkan harapannya agar isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin supaya kanak-kanak di Seksyen 17, Petaling Jaya, dapat kembali bersekolah di situ.
Dalam keadaan baik
SRJK (C) Damansara, yang dibina pada tahun 1930, adalah satu-satunya sekolah rendah Cina di kawasan tersebut.
"Majoriti penduduk di kawasan itu terdiri daripada kaum Cina. Pembinaan kawasan perumahan baru di situ sejak beberapa tahun lalu, juga telah meningkatkan jumlah penduduknya serta permintaan bagi sekolah rendah Cina," kata Yong.
Menurutnya lagi, walaupun SRJK itu sudah lima tahun tidak digunakan, tetapi jawatankuasa berkenaan sentiasa membersihkan bangunannya setiap bulan.
"Sekolah itu masih dalam keadaan baik. Ia mempunyai bangunan konkrit, dewan serbaguna, pejabat pentadbiran dan lain-lain. Pihak jawatankuasa berharap ia tidak dibiarkan begitu sahaja," katanya.
Tapak sekolah tersebut telah dipindahkan oleh pihak kementerian pada 2001, tetapi ia tidak dipersetujui oleh setengah ibu bapa dan ahli pendidikan.
Berikutan itu, ibu bapa yang enggan memindahkan persekolahan anak-anak mereka dari situ, telah menubuhkan Jawatankuasa Selamatkan Sekolah Kami (SOS) SRJK Cina Damansara.
Sejak itu, persekolahan diteruskan di situ dengan menggunakan kontainer berhawa dingin yang terletak di kawasan kuil yang bersebelahan dengannya.
Pada masa ini, terdapat 51 pelajar yang bersekolah di situ dengan bantuan 11 orang guru dan seorang guru besar./ Berita asal

