Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kursus ilmu intim tak sampai ke kemuncak
Diterbitkan:  Feb 27, 2018 6:43 PM
Dikemaskini: 12:05 PM

GLOBAL | Satu sesi pembelajaran mengenai teknik mengadakan hubungan intim - khusus untuk warga Russia - gagal berlangsung sehingga ke kemuncak yang diharapkan.

Ia pada awalnya berlangsung seperti yang dirancang. Seramai 43 rakyat Russia berkumpul dalam sebuah bilik hotel di Pattaya pada 26 Feb. Waktu itu tengah malam.

Seramai 10 jurulatih sudah bersedia memulakan kursus apabila sepasukan anggota polis membuat serbuan.

Kursus di sebuah hotel mewah itu pun tergendalalah kira-kira jam 12.30 tangah malam.

Bangkok Post melaporkan penganjur menyediakan sijil tamat kursus untuk peserta yang menghabiskan latihan berkenaan.


Baca Polis tahan 39 peserta bogel di kem motivasi


Memetik sumber akhbar itu melaporkan jurulatih dan peserta dibekalkan sehelai baju T dengan perkataan "sex animator" di bahagian depannya.

Hasil siasatan mendapati tiga daripada jurulatih terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, manakala seorang lagi berada di Thailand melebihi tempoh yang dibenarkan dalam visa.

Jurucakap polis berkata seorang lagi jurulatih didapati bekerja tanpa permit.

"Peserta mendakwa mereka membayar kira-kira 20,000 baht untuk menyertai kursus berkenaan," katanya.

Kes itu kini dikendalikan polis Pattaya.

Lihat Komen
ADS