Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafizi: Jual tanah ke syarikat asing, beli balik guna wang rakyat
Diterbitkan:  Feb 28, 2018 5:27 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Naib presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan keputusan Kementerian Kewangan yang secara senyap-senyap membeli 51 peratus saham dalam Exchange 106, sebuah projek menara yang terletak di kawasan pembangunan Tun Razak Exchange.

Katanya, 1MDB, yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan, pada tahun 2015 menjual tanah tapak lokasi Exchange 106 kepada Mulia Group Indonesia pada harga RM665 juta.

“Sandiwara ini sangat memualkan.

“Segala bukti setakat ini membayangkan pentadbiran Datuk Seri Najib (Razak) menjual tanah milik kerajaan kepada syarikat Indonesia, kemudian dibeli kembali menggunakan duit rakyat pada harga yang berganda lebih tinggi,” katanya.

Bulan lalu, The Edge Weekly melaporkan bahawa Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dipercayai membeli 51 peratus kepentingan dalam Mulia Property Development Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan sebidang tanah seluas 3.42 ekar di TRX, termasuk Exchange 106.

Menurut laporan itu, tidak jelas jumlah yang dibayar oleh MoF untuk memiliki saham berkepentingan tetapi melaporkan ia meminjam dari HSBC Bank.

"Semua petanda adalah bahawa MoF Inc atau entiti berkaitan kerajaan telah membeli saham majoriti di Harta Property. Ini dilakukan dua hingga tiga bulan lalu," kata seorang pegawai eksekutif.

Kepentingan saham 51 peratus itu kini dipegang atas nama MKD Signature Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Sentuhan Budiman Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS