Umno: Belum ada cadangan hadkan tempoh jadi menteri, exco
Umno belum bercadang menghadkan tempoh ahli parti itu memegang jawatan menteri seperti yang diputuskan oleh MCA kelmarin, kata Naib Presidenya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Umno belum bercadang menghadkan tempoh ahli parti itu memegang jawatan menteri seperti yang diputuskan oleh MCA kelmarin, kata Naib Presidenya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga ini, katanya, tiada perbincangan diadakan mengenai isu menghadkan tempoh jawatan menteri.
"Saya tak berhak untuk cakap bagi pihak Umno tetapi setakat ini belum ada perbincangan (di peringkat parti untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan menteri)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Menurut laporan Bernama , Muhyiddin, yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani, berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan MCA untuk menghadkan tempoh bagi ahlinya, kecuali presiden parti, memegang jawatan menteri selama dua penggal atau 10 tahun sahaja.
Keputusan itu yang dibuat sebulat suara oleh Majlis Presiden MCA kelmarin, turut menghadkan tempoh mereka yang memegang jawatan exco kepada tidak melebih tiga penggal manakala jawatan senator kepada satu penggal atau tiga tahun sahaja.

