Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kita orang Cina, kita lagi tahu, kata Chong kepada Nazri
Diterbitkan:  Mar 1, 2018 3:44 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon menyelar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menegaskan bahawa tokoh perniagaan jutawan, Robert Kuok tidak mewakili masyarakat Cina.

Chong sebelum ini berkata bahawa serangan ke atas Kuok adalah penghinaan kepada masyarakat Cina, satu hujah yang dinafikan oleh Nazri kemudiannya.

"Bukan untuk dia berkata bahawa serangannya terhadap Kuok tidak melukakan perasaan masyarakat Cina.

"Kita orang Cina, kita lebih tahu," kata Chong kepada wartawan di Cyberjaya pagi ini.

Nazri melancarkan serangan ke atas Chong dan MCA, selepas ketua pemuda itu menuntut permohonan maaf daripada menteri pelancongan dan kebudayaan itu berhubung komennya terhadap Kuok.

Nazri antara lain berkata, bahawa DAP, bukan MCA, yang mewakili masyarakat Cina.

Chong berkata Nazri berulang kali membuat serangan terhadap MCA sejak beberapa tahun lalu.

"Ini bukan kali pertama dia membuat dakwaan seperti itu. Bukan dirinya menentukan siapa yang kita wakili," kata Chong.

Nazri sebelum ini melabel Kuok yang menetap di Hong Kong sebagai "pondan" dan mencabarnya untuk melepaskan kerakyatan negara ini, selepas blogger Raja Petra Kamaruddin mendakwa jutawan itu menaja DAP.

Kuok menafikan tuntutan itu dan berkata beliau berhak untuk mengheret Raja Petra ke mahkamah.

Berikutan penjelasan itu, Nazri melahirkan rasa gembira, tetapi berkata beliau tidak akan memohon maaf berhubung komennya.

Lihat Komen
ADS