Lapan perkara pelbagai makna dalam Belanjawan 2027
Belanjawan 2027 yang dibentangkan petang tadi mungkin menjadi peluang terakhir bagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membina hubungan baik dengan rakyat di peringkat akar umbi sebelum PRU ke-16.
Mandat kerajaan semasa bakal berakhir pada Dis tahun depan, justeru kesan daripada pelepasan cukai, bantuan dan subsidi yang disediakan Putrajaya akan dirasai pada bulan-bulan mendatang.
Memandangkan ketegangan di Asia Barat dijangka mengekalkan harga bahan api dan barangan pada paras tinggi, kerajaan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif.
Ia merupakan peningkatan daripada RM49 bilion dalam Belanjawan 2026.
Anwar menyifatkan pakej kali ini sebagai satu waad (ikrar) nasional bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.
Berikut adalah perkara-perkara utama dari Belanjawan 2027:
1. Golongan pertengahan diberi perhatian
Kerajaan dilihat mengambil maklum rungutan bahawa belanjawan-belanjawan terdahulu kurang memberi perhatian kepada golongan M40.
Had siling pelepasan cukai individu - yang tidak berubah sejak 2010 - dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Kadar cukai pula dikurangkan sebanyak satu mata peratusan bagi dua julat pendapatan: daripada 19 peratus kepada 18 peratus untuk pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000; dan daripada 25 peratus kepada 24 peratus untuk RM100,001 hingga RM150,000.
Skop pelepasan cukai juga diperluas bagi merangkumi semua perbelanjaan penjagaan ibu bapa dan datuk nenek, penjagaan selepas bersalin, kasut sukan, langganan perisian kecerdasan buatan (AI) serta pengambilan dan vaksinasi haiwan peliharaan.
Secara keseluruhannya, langkah-langkah itu memberikan kira-kira lima juta pembayar cukai pendapatan boleh guna tambahan sehingga RM1,600.
Golongan berpendapatan tinggi pula akan membayar lebih memandangkan kadar 30 peratus kini dikenakan bagi pendapatan melebihi RM1 juta berbanding RM2 juta sebelum ini.
2. Bantuan tunai diperluas
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun menerusi Sumbangan Asas Rahmah (Sara). Jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding RM900 dalam Belanjawan 2026.
Jumlah keseluruhan peruntukan bagi STR dan Sara meningkat kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion.
Golongan berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR pula akan menerima bantuan Sara Madani sebanyak RM100 sebanyak dua kali pada tahun hadapan, iaitu menjelang Aidilfitri dan Hari Merdeka.
Bantuan Sara kini juga boleh digunakan untuk pembelian hasil segar di 216 pasar tani dan pasar tamu di bawah seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di seluruh negara.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/04/f27e8ed159dbaa172e990279e17f33c9.jpg)
3. Kenaikan gaji minimum
Gaji minimum kebangsaan akan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 bermula Jun tahun depan, memberi manfaat kepada lebih empat juta pekerja. Bagaimanapun perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil tahunan bawah RM50 juta dikecualikan daripada ketetapan tersebut.
Satu kadar lantai bulanan sebanyak RM2,500 akan diperkenalkan untuk pekerja separa mahir dan graduan.
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) pula komited untuk menaikkan penanda aras gaji sara hidup mereka daripada RM3,100 kepada RM3,400 yang akan memberi manfaat kepada 230,000 pekerja.
4. Ganjaran untuk penjawat awam, pesara
Lebih 1.3 juta penjawat awam dalam Gred Utama B dan ke bawah - termasuk kakitangan kontrak - akan menerima bantuan khas sebanyak RM1,500. Lebih sejuta pesara serta veteran tentera pula akan menerima RM750.
Kedua-dua bayaran tersebut akan dibuat melalui dua ansuran, iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang Hari Kebangsaan.
Pencen bulanan minimum akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 da bakal memberi manfaat kepada hampir 59,000 orang.
5. Jaringan keselamatan lebih luas untuk pekerja gig
Putrajaya dan Grab akan berkongsi kos bagi pakej bernilai RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing.
Pakej itu merangkumi kadar pendapatan minimum yang lebih tinggi, bantuan bagi kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans, serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pendapatan bulanan bersih median bagi pemandu e-hailing dijangka meningkat sehingga RM227, manakala bagi pekerja penghantaran pula meningkat sehingga RM100.
/file/attachments/orphans/gigpekerja_518632.png)
6. Keluarga, pelajar dan golongan rentan terima lebih banyak bantuan
Bantuan Awal Persekolahan meningkat daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid dan diagihkan di sekolah bagi membolehkan ibu bapa bertemu dengan guru. Pelajar tingkatan enam pula menerima elaun sara hidup sebanyak RM2,500, manakala subsidi penerbangan FlySiswa yang diberikan kepada penuntut universiti awam meningkat daripada RM400 kepada RM500.
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU): Peruntukan meningkat kepada RM1.5 bilion, memanfaatkan lebih 300,000 individu. Bantuan bulanan bagi pesakit terlantar dan pesakit kronik dinaikkan daripada RM500 kepada RM600.
Penjagaan kesihatan: Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap, dan pegawai perubatan masa hadapan akan dilantik secara tetap selepas tamat latihan siswazah perubatan. Elaun pascaasas bagi 47,000 anggota paramedik dan jururawat juga dinaikkan dua kali ganda kepada RM200.
7. Pembaharuan tadbir urus menangani skandal masa lalu
Rang Undang-Undang Entiti Milik Kerajaan akan digubal bagi memperketat pengawasan terhadap syarikat kerajaan dan badan berkanun bagi mengekang berulangnya skandal seperti 1MDB, Lembaga Tabung Haji dan Felda.
Akta Perolehan Kerajaan yang akan berkuat kuasa tahun hadapan akan mewajibkan pendedahan maklumat mengenai projek, kontraktor dan nilai kontrak.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, kastam dan agensi penguatkuasaan lain berkongsi peruntukan RM1.1 bilion bagi memperkukuh operasi mereka.
8. Pelaburan menyasarkan sektor bernilai tinggi dan wilayah-wilayah
Wilayah: Pulau Pinang akan menjadi pusat kewangan teknologi, disokong oleh dana RM100 juta daripada Khazanah Nasional dan InvestPenang untuk syarikat semikonduktor serta pembuatan termaju di peringkat awal.
Perak pula akan mendapat hab maritim di Lumut dan hab automotif yang lebih besar di Tanjong Malim.
Bagi Terengganu, tapak ekopelancongan di negeri itu akan dinaik taraf. Kerajaan persekutuan juga akan memulakan perbincangan mengenai Zon Ekonomi Khas Sibu dengan kerajaan Sarawak.
Modal: GLIC akan menggerakkan pelaburan domestik sebanyak RM25 bilion, dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd akan memperuntukkan RM7 bilion merentas tujuh sektor strategik.
Khazanah dan KWAP akan melabur RM1.2 bilion untuk meningkatkan kedudukan syarikat semikonduktor tempatan dalam rantaian nilai, manakala Dana Iklim KWAP akan menyalurkan RM1 bilion bagi usaha penyahkarbonan dan tenaga boleh baru.
Insentif: Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus dilanjutkan sehingga tahun 2030 bagi projek teknologi hijau, stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan aset hijau yang dibeli untuk kegunaan sendiri.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/AI155_754689.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.