Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Liow: Ada dalam BN mahu ‘hancurkan’ MCA
Diterbitkan:  Mar 1, 2018 7:03 PM
Dikemaskini: 2:29 PM

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mendakwa terdapat kelompok dalam BN yang bersekongkol kuasa luar untuk ‘menghancurkan’ MCA.

"Kita dapat melihat ada kerjasama di dalam dan di luar untuk menentang MCA," katanya yang dipetik oleh Oriental Daily News.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, beberapa pemimpin MCA baru-baru ini menjadikan hubungan rapat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai sasaran.

Pemimpin MCA mempersoalkan kewajaran Lim menjadikan MCA sebagai sasaran dan bukannya Nazri sedangkan beliau adalah individu yang melemparkan kata-kata penghinaan ke atas jutawan Robert Kuok serta sikap membisu menteri-menteri Umno mengenai isu terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Sementara itu, Liow juga menolak kenyataan Nazri bahawa MCA tidak lagi mewakili masyarakat Cina di negara ini.

"Nazri tidak boleh menafikan hakikat bahawa MCA masih mewakili kaum Cina.

"Dia harus sedar semangat BN. Suka atau tidak, MCA masih menjadi parti Cina. Begitu juga, kamu tidak boleh berkata Umno tidak mewakili orang Melayu," katanya.

Liow berkata walaupun MCA mempunyai bilangan kerusi yang berkurangan nberbanding sebelum 2008, namun ini tidak menjatuhkan kedudukan MCA.

Mengenai dakwaan Nazri bahawa DAP yang sebenarnya mewakili kaum Cina sekarang, Liow berkata MCA terus melindungi hak-hak masyarakat itu baik ketika mereka mendapat jumlah kerusi yang tinggi mahupun ketika bilangan kerusi mereka adalah rendah.

Lebih-lebih lagi, katanya, sejauh bagi masyarakat Cina di luar negara, MCA adalah satu-satunya parti yang menjaga kepentingan pendidikan dan budaya masyarakat Cina di Malaysia.

MCA telah menuduh Nazri melakukan tindakan merugikan dengan serangan pedasnya terhadap Kuok, yang merupakan tokoh yang dihormati dalam masyarakat Cina.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS