Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

TEMUBUAL l Ketua Pembangkang di Parlimen akan diberi status menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang dan mengambil alih pentadbiran negara.

Menurut pengarah biro strategi dan dasar BERSATU, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff,  HARAPAN serius dalam mengubah persepsi negatif terhadap pembangkang.

"Kita akan memberi maruah kepada pembangkang apabila kita mengambil alih kerajaan.

"Kita juga mahu memberi status menteri kepada ketua pembangkang. Ini bukan hanya satu retorik tetapi ia akan dimasukkan dalam manifesto kita," kata Rais kepada Malaysiakini dalam satu temu bual baru-baru ini.

Pemimpin pembangkang, jelas Rais, akan diberikan pejabat yang sempurna serta juga keistimewaan setanding dengan seorang menteri.

"Sudah tentulah (dia) tidak akan duduk dalam kabinet. Status menteri ini adalah sama taraf dengan beberapa duta kita yang juga mempunyai status menteri." tambahnya.

Ketua pembangkang di Parlimen sekarang adalah Presiden HARAPAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Saiful Wan Jan yang baru menyertai BERSATU, sebelum ini menegaskan pentingnya HARAPAN memberi pembangkang sumber yang mencukupi untuk memastikan tadbir urus yang baik apabila gabungan itu mengambil alih kuasa.

Wan Saiful merungut bagaimana ia kini sukar untuk pembangkang beroperasi tanpa pembiayaan yang sewajarnya daripada kerajaan.

Kedua-dua kerajaan dan pembangkang, katanya, mempunyai peranan untuk memajukan Malaysia. Oleh itu, pembiayaan kerajaan untuk pembangkang adalah penting.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS