Kira-kira 150 penyumbang kepada Tabung Pembelaan Malaysiakini serta pelanggan setia telah disajikan dengan tayangan khas filem blockbuster Hollywood "The Post" malam tadi.

Tayangan filem itu adalah sebagai penghargaan kepada para penyokong kami, yang diberi peluang untuk menonton filem ini yang menyoroti pentingnya kewartawanan penyiasatan, seminggu sebelum tayangan perdana di Malaysia.

"Saya berharap filem ini akan menjadi inspirasi untuk generasi baru wartawan.

"Ianya penting bagi kewartawanan kekal bertenaga supaya kita boleh bercakap benar kepada pihak yang memegang kuasa," kata ketua pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan sebelum tayangan filem itu di pawagam TGV di pusat membeli belah 1 Utama malam tadi.

Tayangan itu adalah melalui kerjasama pemasaran dengan pengedar filem United International Pictures Malaysia.

Salah seorang tetamu malam tadi, Farhan Haziq Mohamed, berkata beliau menyokong kebebasan akhbar, yang menjadi salah satu sebab yang membuatnya teruja untuk menonton filem itu.

Beliau berharap agar kebebasan akhbar di sini semakin terbuka.

"Saya fikir kita perlu menggalakkan lebih banyak kewartawanan penyiasatan di Malaysia supaya lebih menarik untuk melihat banyak skandal didedahkan," katanya.

Tetamu lain, Razman Yahya, berkata beliau mahu membuat perbandingan antara apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang.

'Diharapkan, di akhir tayangan, kita dapat belajar sesuatu dari filem ini.

"Kita mahu lebih ramai rakyat Malaysia berfikiran luas dan melihat di luar kotak," katanya.

'The Post' adalah sebuah filem thriller politik yang berkisar di sekitar percubaan Washington Post untuk menerbitkan dakwaan - dikenali sebagai Pentagon Papers - terhadap Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon ketika puncak Perang Vietnam.

 

Ini adalah setahun sebelum skandal Watergate, juga didedahkan oleh Post, yang akhirnya menguburkan karier presiden Nixon.

Bintang filem Meryl Streep melakon watak penerbit Post Katherine Graham - CEO wanita pertama sebuah syarikat Fortune 500 - yang harus bekerjasama dengan legenda editor eksekutif Ben Bradlee, watak yang dibawa oleh Tom Hanks.

Filem ini Filem, yang diarahkan oleh Steven Spielberg, telah dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik manakala Streep telah dicalonkan untuk Pelakon Terbaik untuk Anugerah Akademi tahun ini yang akan diumumkan pada 4 Mac.

[Baca berita penuh]