Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selamat kian berubah di tangan Rohaya
Diterbitkan:  Mar 5, 2018 6:19 PM
Dikemaskini: 2:31 PM

GLOBAL | Lapan bulan sudah berlalu sejak Selamat Riyadi Husni diijabkabulkan dengan Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar di daerah yang dikenali penduduk setempat sebagai OKU.

Pernikahan itu memang menggemparkan. Bukan saja penduduk setempat yang terkejut malah ia turut menarik perhatian antarabangsa.

Kerajaan Indonesia juga memberikan perhatian khusus kepada kes itu. Puncanya pasangan suami isteri terbabit dibezakan oleh jurang usia yang sangat besar.

Selamat berusia 16 tahun ketika itu manakala isterinya 71 tahun. Mereka adalah penduduk Lengkiti di Ogan Komering Ulu (OKU) di Sumatera Selatan.

Hampir setahun berlalu namun tidak banyak kisah mereka ditampilkan. Namun semalam satu gambar terbaru Selamat dan Rohaya dimuat naik di Instagram.

Kebanyakan orang memberi reaksi kepada perubahan yang dapat dilihat pada penampilan pasangan terbabit.

Selamat menampakkan perbezaan ketara. Wajahnya kelihatan semakin matang dan terurus berbanding pada detik awal dia menjadi suami.

Isterinya pula kelihatan bersandar mesra pada Selamat sambil memangku sebuah kotak. Secara umum gambar itu menampakkan mereka sebagai pasangan yang bahagia.

Ramai yang memberi komen mengenai perubahan ketara pada Selamat. Antara lain mereka mendakwa ia adalah 'jasa' Rohaya yang berjaya melakukan pengubahsuaian pada suaminya.

Pasangan itu dijodohkan selepas Selamat menyatakan rasa cinta yang mendalam terhadap Rohaya.


Baca Selamat cuma cuit-cuit Rohaya


Asalnya Rohaya itu menjadi penjaga Selamat selepas remaja terbabit mengalami sakit malaria selama sebulan.

Daripada hubungan biasa akhirnya ada cinta tumbuh di dada Selamat. Ia kemudian disampaikan kepada wanita terbabit.

Selepas berunding mereka akhirnya nekad mahu disatukan melalui pernikahan walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

Cinta Selamat kepada Rohaya juga mengagumkan ramai orang kerana ternyata dia tidak melihat kecantikan untuk memilih isteri.

"Kami bernikah tanpa paksaan. Kami sama-sama cinta," kata Selamat.

Lihat Komen
ADS