Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis udara ambil upah terbangkan pengantin baru
Diterbitkan:  Mar 6, 2018 4:55 PM
Dikemaskini: 9:02 AM

GLOBAL | Pihak berkuasa Sumatera Utara menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan sepasang pengantin baru meraikan hari bahagian mereka menggunakan helikopter polis.

Siasatan itu dimulakan selepas video mengenai kemeriahan majlis berkenaan menjadi tular.

Melalui klip berkenaan sepasang pengantin baru dibawa terbang dengan helikopter berwarna biru dan putih serta belang merah yang mudah dikenali sebagai hak milik polis Indonesia.

Timbalan Ketua Polis Sumatera Utara Brig Gen Agus Andrianto berkata siasatan mendapati insiden itu didalangi juruterbang dan pembantunya.

Kedua-dua anggota polis itu katanya berpakat dengan orang tengah yang menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan.


Baca Ayu jadi lelaki lepas mimpi telur jatuh, makhluk halus


"Orang tengah itu asalnya sudah menyewa helikopter komersial dengan harga Rp120 juta (RM32,800) tetapi pada hari yang ditentukan ia rosak.

"Suspek kemudian menghubungi seseorang yang mengenali juruterbang helikopter polis terbabit. Bersama seorang pembantu mereka kemudian menerbangkan pengantin baru itu menggunakan aset polis," katanya dilapor The Jakarta Post hari ini.

Indonesia suatu ketika dulu terkenal dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa sehinggalah berlaku perubahan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tak jawab panggilan

Ketika ini Jakarta gigih memerangi amalan berkenaan dan pada masa sama memberi kuasa lebih besar kepada agensi antirasuah negara itu, Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK).

Ia tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan mempunyai kuasa mendakwa seseorang yang disyaki, menjadikan KPK digeruni, namun pada ketika sama ditekan oleh sesetengah pihak.

Kata Agus polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui bagaimana juruterbang dan pembantunya itu dibayar.

"Kes ini tidak melihatkan pasukan polis negara, sebaliknya semata-mata dua anggota yang berkenaan," katanya.

Menurut Agus pada hari kejadian kedua-dua anggota polis yang bertanggungjawab ke atas helikopter berkenaan berpura-pura mahu memanaskan enjin serta melakukan penerbangan ujian sebelum terbang mengambil pengantin baru.

"Apabila berlepas, juruterbang atau pembantunya tidak menjawab panggilan daripada anggota yang bertugas di pangkalan udara," katanya.

Lihat Komen
ADS