Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sarawak tubuh Petros untuk uruskan sendiri minyak, gas negeri
Diterbitkan:  Mar 6, 2018 11:17 PM
Dikemaskini: 3:21 PM

Dalam upacara simbolik malam ini, Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Abang Openg menegaskan hak negeri itu ke atas sumber minyak dan menjanjikan ada lebih banyak manfaat dibawa kerajaan BN.

Majlis itu yang diadakan di Kuching menyaksikan pelancaran Petronas Sarawak Bhd (Petros) yang membolehkan kerajaan negeri memanfaatkan sendiri sumber-sumber minyaknya.

Sebelum ini usaha itu dikuasai Petronas iaitu syarikat yang terletak di bawah kerajaan persekutuan.

Melalui Petros Sarawak bersedia mengambil alih kuasa kawal selia penuh terhadap aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas di negeri itu mulai Julai ini.

Dalam ucapannya Abang Johari berkata pada malam ini beliau mengumumkan sesuatu kepada penduduk Sarawak apa yang pernah dijanjikannya di Sibu baru-baru ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengembalikan kepada kerajaan negeri kuasa yang terhakis secara tidak sengaja sejak beberapa tahun lalu.

"Justeru kerajaan negeri akan menggunakan sumber minyak dan gas asli kita - yang terkandung dalam perlembagaan - mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Abang Johari menegaskan pelancaran Petros pada malam ini adalah bukti kemajuan besar yang telah dicapai dalam perbincangan berterusan mengenai pemindahan kuasa kepada Sarawak.

"Dengan sokongan berterusan daripada rakyat kepada BN, lebih banyak kemajuan akan dicapai bagi memenuhi hasrat penduduk Sarawak dan memastikan negeri ini setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS