Menjelang manifesto HARAPAN, penduduk tuntut p'raya majlis tempatan
Dua hari sebelum Pakatan Harapan melancarkan manifesto untuk pilihan raya umum ke-14, gabungan persatuan 30 penduduk Kuala Lumpur menyerahkan tuntutannya kepada beberapa Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan.
Antara tuntutan yang disenaraikan dalam manifesto Selamatkan KL (SKL) gabungan itu ialah diadakan pilihan raya majlis tempatan dan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 diwartakan menjadi undang-undang.
"Demokrasikan majlis bandaraya kita - seorang wakil kerajaan tempatan akan memastikan kepimpinan yang inklusif dan ada penyertaan. Penglibatan rakyat membantu memastikan pendekatan yang telus dan demokratik.
"Warta dan kuatkuasakan pelan tempatan - rancangan pembangunan bandar memupuk pembangunan bandar yang sesuai didiami dan mampan ... (dan juga) memastikan akauntabiliti kerajaan dan ketelusan," kata manifesto SKL itu.
Menjelang sehingga pilihan raya 2008, DAP, sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat, telah berjanji untuk berusaha memperkenalkan pengenalan semula pilihan raya kerajaan tempatan - yang telah dimansuhkan pada tahun 1965 - tetapi langkah itu terhenti berikutan perselisihan dengan sekutusnya ketika itu, PAS.
Walaupun dilancarkan pada tahun 2008 dan membabitkan kos RM30 untuk merangka Pelan Struktur KL 2020, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan pada tahun lepas bahawa pelan itu tidak akan diwartakan.
Kuasa pilih ahli majlis tempatan
Presiden SKL, Abdul Aziz Abdul Rahman menggariskan bahawa dua tuntutan di atas adalah saling berkaitan.
"Kita mesti mengadakan pilihan raya majlis tempatan kerana ini (pewartaan Pelan Struktur KL 2020) adalah isu kerajaan tempatan.
"Anda mesti memberi mereka yang tinggal di kawasan itu hak untuk memilih wakil mereka," kata Aziz (gambar) kepada Malaysiakini di majlis penyerahan manifesto itu di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, malam tadi.

Tuntutan lain dalam manifesto itu adalah kawasan hijau dan kawasan awam dilindungi, serta penyertaan masyarakat yang berkesan dalam perancangan bandaraya.
Wakil HARAPAN yang hadir ialah MP Batu Tian Chua, MP Bukit Bintang Fong Kui Lun, MP Cheras Tan Kok Wai, MP Seputeh Teresa Kok, MP Segambut Lim Lip Eng dan MP Wangsa Maju Tan Kee Kwong.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mewakili MP Lembah Pantai Nurul Izzah, yang sedang berada di luar negara.
SKL menjelaskan bahawa ia telah menjemput semua ahli Parlimen KL untuk penyerahan manifesto itu, tetapi MP bebas bagi Bandar Tun Razak Tan Sei Abdul Khalid Ibrahim, tidak dapat hadir.
Ahli Parlimen BN Datuk Johari Abdul Ghani dan Ahmad Fauzi Zahari, masing-masing dari Titiwangsa dan Setiawangsa, tidak membalas jemputan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.