Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Majlis Peguam untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa badan itu memerlukan korum kehadiran ahli yang cukup untuk mengadakan mesyuarat agung (AGM).

Keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh tiga penal hakim yang terdiri daripada Datuk Pajan Singh Gill, Datuk Alauddin Mohd Sheriff dan Datuk Nik Hashim Abdul Rahman.

Berikutan keputusan tersebut, Majlis Peguam kini perlu mengadakan semula mesyuarat agung yang ke-59.

Mesyuarat agung sebelum ini, yang diadakan pada bulan Mac, tidak cukup korum, tetapi badan itu meneruskannya juga dan ini dibantah oleh sesetengah ahlinya.

Seksyan 67 Akta Profesyen Guaman 1976 menyatakan bahawa Majlis Peguam mesti mendapatkan kehadiran sekurang-kurangnya satu perlima ahli untuk mengadakan mesyuarat agung.

Pada masa ini ia mempunyai 11,725 ahli. Ini bermakna Majlis Peguam memerlukan 2,345 ahli untuk mengadakan mesyuarat agung. Hanya 1,100 peguam menghadiri mesyuarat agung lalu.