Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Red Granite bayar ‘penyelesaian’ RM230 juta, gaji terhad untuk anak tiri Najib
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 12:24 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Red Granite Pictures - syarikat pengeluaran filem yang dikaitkan dengan skandal 1MDB - telah mencapai penyelesaian dengan kerajaan Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah AS$60 juta (RM234 juta).

Bayaran itu sebagai pertukaran kepada aset Red Granite yang ingin dirampas oleh Jabatan Keadilan (DoJ) AS, melalui saman pelucutan sivil yang melibatkan 1MDB.

Mengikut penyelesaian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Riza Aziz - anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - akan hanya menerima gaji terhad untuk menampung insurans kesihatannya sehingga jumlah penyelesaian dibayar sepenuhnya.

"Riza - ‘pemegang saham majoriti '- akan terus tidak menerima gaji, selain wang minimum yang diperlukan untuk memastikan kesinambungan perlindungan insurans kesihatannya di bawah rancangan Red Granite, sehingga jumlah pelucuthakan itu telah dibayar sepenuhnya,” petik penyelesaian itu.

DoJ mendakwa bahawa sejumlah AS$64 juta yang diselewengkan daripada dana 1MDB telah disalurkan kepada Red Granite, dan digunakan untuk membiayai pengeluaran filem, termasuk 'The Wolf of Wall Street' pada 2013 yang diarahkan oleh Martin Scorsese.

Menurut dokumen mahkamah, Red Granite tidak akan mengakui sebarang liabiliti atau salah laku di bawah penyelesaian tersebut.

Pembayaran akan dibuat melalui tiga fasa, yang akan melihat keuntungan daripada filem “Daddy's Home” pada tahun 2015 dipindahkan daripada pengedar Paramount Pictures ke akaun yang dikawal oleh kerajaan AS dan disalur semula ke Red Granite sebaik jumlah penyelesaian dibayar sepenuhnya.

Red Granite dibenarkan memohon pelepasan awal untuk sesetengah dana berkenaan untuk menampung kos operasi, termasuk gaji.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS