Semak di lamanweb, SMS temuduga kursus perguruan
Mereka yang menanti keputusan untuk temuduga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sepenuh masa dan program Jawi, Alquran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-Qaf) bagi pengambilan Januari 2006, boleh membuat semakan dengan Kementerian Pelajaran mulai Selasa depan.

Pegawai Perhubungan Awam kementerian berkenaan Abdul Taib Abdillah berkata semakan boleh dibuat di lamanweb Kementerian Pelajaran di alamat http://www.emoe.gov.my atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) KPLITDNO. KAD PENGENALAN dan hantar ke 33535.
Calon yang berjaya dipanggil temuduga hendaklah mencetak Surat Panggilan Temuduga, Borang Butiran Diri dan Pernyataan Hasrat untuk dibawa bersama semasa sesi temuduga nanti, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.