Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCA akan 'ambil tindakan’ terhadap Nazri, kata Liow
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 12:57 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Pertikaman lidah antara MCA dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung bidasannya terhadap jutawan Robert Kuok, nampaknya tidak ada penghujung.

Berucap pada sebuah majlis di Klang malam semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu para hadirin bahawa MCA akan "mengambil tindakan" terhadap menteri Umno itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tindakan yang akan diambil.

"Kami tidak berpuas hati dengan Nazri kerana tidak menghormati dan membidas Kuok. Beliau harus merenungi diri sendiri dan memberi penjelasannya.

"Ini yang dikehendaki rakyat, tetapi dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan," katanya yang dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily.

Sementara itu, ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, partinya menyelar Nazri kerana membuat tuduhan liar yang tidak berasas terhadap Kuok dan perkara itu tidak ada hubungan dengan kebebasan bersuara.

"Dari hari pertama, kami tidak bersetuju dengan Nazri yang menggunakan kata-kata menghina, dia boleh mengkritik, tetapi tidak menggunakan kata-kata kasar seperti itu," kata Chong di Seremban.

Susulan dakwaan blog Malaysia Today kononnya jutawan itu menaja DAP, pemimpin MCA dan Nazri terheret dalam kancah perang mulut.

Kuok dan DAP, maing-masing menafikan dakwaan itu sementara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan Malaysia Today untuk mengeluarkan artikel yang berkaitan dengan tuduhan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS