Majalah Forbes menyenaraikan bekas 'raja gula' Malaysia Robert Kuok antara 100 orang bilionair dunia.

Ahli perniagaan 94 tahun itu diletakkan di tempat ke-96 dengan anggaran nilai kekayaan AS$14.8 bilion (RM57.8 bilion).



Majalah itu berkata kekayaan Kuok telah bertambah dua kali ganda dari AS$7 bilion pada 2009.

Menurut Forbes, kekayaan itu berpunca daripada pemilikannya dalam Kumpulan Kuok, yang mempunyai kepentingan dalam bidang hartanah dan sektor komoditi.

Tahun lalu, Kuok berada di kedudukan 115.

Selain Kuok, 14 lagi rakyat Malaysia berada dalam senarai 2,000 bilionair itu, seperti Ananda Krishnan dan Quek Leng Chan yang berkongsi tangga ke-217 dan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (1,284). (Lihat senarai bawah)

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) Amazon Jeff Bezos kini dinobatkan lelaki terkaya di dunia dengan kekayaan US$112 billion, mengambil alih tempat pengasas Microsoft founder Bill Gates (US$90 billion)

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump jatuh ke tempat ke-200 berbanding 766 sebelum ini susulan kejatuhan hartanah di Manhattan dan kemerosotan hasil dari hartanah golf.

Kuok sebelum ini terjebak kontroversi dakwaan menaja DAP untuk menjatuhkan kerajaan. Kuok melalui pejabatnya menafikan dakwaan itu.

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) mengarahkan penulis Raja Petra Kamaruddin yang mula-mula menyiarkan dakwaan itu di blognya Malaysia-Today mengeluarkan artikel itu.