Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembangkang rimas media Indonesia sebut-sebut nama Najib
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 6:02 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

PARLIMEN l Ahli Parlimen Pakatan Harapan hari ini mempersoalkan kekurangan tindakan kerajaan apabila nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sering dikaitkan deengan rampasan kapal layar mewah The Equanimity oleh media Indonesia.

Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata walaupun dirinya dalam barisan pembangkang, beliau tetap menghormati Najib sebagai perdana menteri.

“Tetapi apabila media di Indonesia berkali-kali, hari-hari-hari hampir setiap setengah jam kata kapal (The Equanimity ) yang ditangkap itu ada hubung kait dengan PM Malaysia, (media Indonesia), sebut nama Najib Razak, Najib Razak.

“Walaupun saya MP pembangkang, tapi saya rasa rimas kerana tidak ada kenyataan daripada Malaysia untuk menindakkan paling tidak memberi nota bantahan dengan pengucapan yang diguna media Indonesia.

“Apakah tak berani ambil tindakan atau suatu tidak kena?” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Johari kemudian meminta rakannya Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) untuk memberi pendapatnya.

Khalid bangkit dan berkata perkara itu sangat terasa kerana penyitaan berlaku di negara jiran.

“Dulu (apabila kita) pergi Indonesia, we can hold our heads up high, kita lebih hebat, maju. Sekarang pergi Indonesia macam mana, orang Indonesia sengih tengok (dan), gelak kat kita,” katanya.

Justeru, Khalid berkata tindakan perlu diambil jika perkara berkenan adalah berita palsu dan nama Najib tidak sepatutnya disebut.

“Ambil la tindakan, ini tak, diam sahaja buat tak tahu, macam seolah-olah kita (rakyat) ini pekak bisu.

“Saya rasa kalau orang pekak bisu memang tak layak jadi PM. Saya amat kecewa...,” kata Khalid.

Kapal The Equanimity dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Benoa, Bali, minggu lalu.

Pemfailan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat mendakwa kapal itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Low adalah kenalan rapat Riza Aziz - yang adalah anak tiri Najib.

Secara keseluruhannya, DoJ mendakwa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan dari 1MDB dan saman sivil itu bertujuan untuk merampas AS$1.7 bilion aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan wang yang dicuri.

Lihat Komen
ADS