Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga minyak RON95 naik 1sen lagi
Diterbitkan:  Mar 7, 2018 6:07 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Harga minyak petrol RON95 akan naik 1sen lagi mulai jam 12.01 tengah malam ini.

Untuk sepanjang minggu mendatang, RON95 akan dijual dengan harga RM2.21 seliter.

Harga petrol RON97 pula kekal pada harga RM2.47 seliter.

Harga diesel sebaliknya turun 1sen kepada RM2.17 seliter.

Minggu lalu, selepas mencatatkan penurunan agak ketara sejak dua minggu, harga RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 3sen, 4sen dan 5sen.

Harga itu dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, sebentar tadi.

Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS