Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gambaran keseluruhan manifesto HARAPAN
Diterbitkan:  Mar 9, 2018 12:15 AM
Dikemaskini: Mar 9, 2018 10:15 AM

Gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (HARAPAN) malam ini melancarkan manifestonya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Antara lain, manifesto 138 halaman itu berikrar menangani kenaikan kos sara hidup, sekiranya gabungan itu menawan Putrajaya.

Ini termasuk janji untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan tol, secara beransur-ansur serta menyalurkan subsidi minyak kepada kumpulan sasaran.

Dokumen itu juga cuba mengangkat agenda Melayu, namun pada masa sama menyenaraikan tuntutan yang telah lama dibuat oleh masyarakat Cina dan India.

Manifesto yang dilancarkan di Shah Alam itu juga berjanji mengurangkan kuasa perdana menteri, termasuk menyekat perdana menteri daripada memegang portfolio lain dan memotong separuh peruntukan dan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

HARAPAN juga berikrar menghapuskan monopoli di negara ini, seperti industri beras oleh BERNAS dan industri televisyen satelit oleh Astro.

Majlis perasmian manifesto itu dihadiri oleh pemimpin kanan parti komponen gabungan itu, seperti pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain.

Lihat Komen
ADS