Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tolong beritahu Encik Husam, 5 saman tunggu dia'
Diterbitkan:  Mar 9, 2018 4:05 PM
Dikemaskini: 8:20 AM

Terdapat lima saman daripada kerajaan Kelantan dan anak syarikatnya akan dikemukakan kepada pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa, dedah Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Writ saman itu akan dikemukakan selepas Husam didakwa memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak tepat dalam isu air dan penerokaan tanah negeri, terbaru berkaitan isu tender Air Kelantan Sdn Berhad (AKSB).

“Ini saya nak maklum, kalau ada orang AMANAH sini tolong maklumkan kepada encik Husam, kita ada lima saman menanti dia.

“Pesan kat dia jangan lari kalau kami hantar saman ke rumahnya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani ketika menyampaikan ceramah di Kota Bharu malam tadi.

Menurut Mohd Amar mendakwa, pihaknya sudah menghantar saman ke rumah Husam namun beliau enggan menerimanya sehingga terpaksa diiklankan di akhbar.

Husam terbaru mengasak pemberian tender projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II di Machang bernilai RM27.1A juta yang menurutnya diberi kepada syarikat yang belum wujud.

AKSB menafikan dakwaan itu dengan berkata syarikat usaha sama penerima tender hanya “menukar nama”.

Lihat Komen
ADS