WAWANCARA l Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak kisah dengan caranya yang lantang dan berterus terang sehingga menyaksikan dirinya dikaitkan dengan budaya "gedebe".

Pada masa sama, ahli majlis tertinggi Umno itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, berkata, beliau juga tidak kisah dengan hubungan akrabnya dengan seorang pemimpin pembangkang di utara.

"Itu bukan (hubungan) romantik sama sekali, ia demokratik.... Saya straight (bukan gay)," kata Nazri sambil ketawa, merujuk soalan mengenai gambarnya yang memeluk dan berpegangan tangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa pelbagai acara di negeri itu yang diedarkan di media sosial.

Bagi ahli parlimen Padang Rengas itu, beliau juga tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan oleh pengkritiknya.

Malah, katanya, sekurang-kurangnya di Pulau Pinang, beliau akan dipandang tinggi apabila bersama dengan Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP.

"Jadi kadangkala saya lakukannya ... Apabila saya ke Pulau Pinang, ramai penyokong DAP. Lebih bermanfaat jika kami berdua memutuskan untuk berpelukan," katanya, sambil membayangkan bahawa kemungkinan tindakan itu juga memberi kesan kepada Lim.

Mengenai rakan-rakannya dalam BN, Nazri berkata beliau tidak mempunyai sebarang keraguan untuk mendakap mereka tetapi tidak ada pemimpin MCA yang pernah meminta supaya mereka dipeluk juga.

"Mengapa tidak orang lain peluk saya? Saya tidak ada masalah. Peluklah saya. Saya bukan gay.

"Mereka boleh peluk saya. Kamu juga boleh soal mereka, mengapa mereka tidak peluk saya?”soalnya.

"Apa salah? Dia (adalah) kawan saya," katanya dengan selamba apabila ditanya sama ada beliau sedia memeluk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pada penghujung wawancara hampir dua jam itu, Nazri juga dimta menjawap secara spontan dan ringkas apabila sesuatu nama atau subjek dikemukakan kepadanya.

Walaupun mengakui tidak begitu fasih dengan cara soalan seumpama itu, Nazri menerima cabaran berkenaan dan berikutadalah soalan dan jawapannya.

1) Najib - Kawan
2) Mahathir - Bekas sifu
3) Guan Eng - Ketua Menteri
4) Jho Low - Saya tidak kenalnya
5) Liow Tiong Lai - Kawan baik
6) Steak - Well done
7) Trump - Tidak dapat jelaskan
8) Hadi - Presiden PAS
9) Anwar - Seorang kawan
10) Malaysiakini - Berani

[Baca berita penuh]